Ads 468x60px

Pages

Sunday, May 9, 2010

BUASIR itu seramkah?

Takut? Ke tak? Ke camane? Ke tak payah?



Lu orang mesti cuak je kan bila tiba-tiba berak berdarah? *Apesal macam ada pengalaman je*


Tau tak berak berdarah tu ape? Lu berak bese keluar apa? Najis oren kecoklet-cokletan kan? Haa kalau tiba-tiba ada cecaer merah tu darah la bai. Haa kantoi kau ushar najis kau, makruh!! Kalau nak tengok jugak, tengok sipi-sipi je, seolah-olah tak nampak. Reti? Ah gasak. Taik pun nak intai apela.


Tiba-tiba rajin pulak nak wat entry kesehatan duniawi tubuh serta badan. Tu la lu orang post entry pasal percintaan je, cubalah post pasal percintaan tubuh dan badan. Kan masyuk. OK mari-mari baca-baca.




Buasir merupakan penyakit yang terjadi pada bahagian dubur. Ia dapat dikesan dengan adanya pembengkakan pada saluran dubur. Selalunya, pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Bengkak yang terjadi adalah disebabkan oleh pengembangan saluran darah pada bahagian dubur atau ketumbuhan sel-sel yang melapisi saluran dubur. Selain bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi disebabkan oleh luka yang terjadi apabila najis keras bergesel dengan buasir.


Maknanya camni, buasir terjadi bila lu orang duk teran-teran semangat sangat masa nak berak tuh, kesian kat pembuluh-pembuluh darah kat bontot tuh, stress dia. Dia pun reti gak nak pressure-pressure ni.


Buasir adalah sebesar daripada saiz kismis sehingga sebesar anggur. Boleh imagine? OK pi amek kismis dengan anggur sekarang! Tak sanggup nak bayang haahaha.



Suka tak baca? Best kan. Haa mari baca lagi dan lagi.



Selain daripada bengkak yang amat ketara ketika mengalami buasir, tanda-tanda lain termasuklah rasa gatal pada lubang dubur, rasa kepanasan pada kawasan dubur selepas membuang air besar, rasa sakit yang berdenyut-denyut, sukar untuk membuang air besar dan rasa tidak selesa pada bahagian dubur apabila berdiri lama atau bertinggung. Kesakitan pada bahagian dubur menyebabkan pesakit akan mengalami perubahan di dalam corak membuang air besar.



Corak OK. Corak. Aku tengah pikir ni corak macam mana tu. Corak empat segi ke, bulat bertindih-tindih ke bujur sirih. Mari berfikir.







Haa itulah buasir. Cantik jugak kan? Jerawat pun takde. Agaknya apela buasir pakai. Clean & Clear? Ke Garnier? Pergh standard Fasha Sandha dah.


Jangan bagi aku membebel. Eh macam Ben10 punya slogan lah. Haha. Maksud aku, aku tanak meleret-leret, walaupun dah panjang sangat dah ni.


So silalah membuat pencegahan.


Makan makanan berserat tinggi. Sayur tu makan banyak-banyak. Stok buah-buahan dalam peti tu. Jangan dok beli naget la, sokseh (sosej) la, ape la. Jangan.


Minum air banyak. Minum air masak. Yang lu pi minum 100 plus la, twister la, twisties la kenapa. Air masak tu harus diutamakan.


Elakkan meneran. Agak-agak la bro nak teran tuh. Takyahla semangat sangat kot, macam tengok orang maen badminton. Rilek-rilek sudey. Taik tu tak lari. Lu takyah nak kejar-kejar.



JANGAN MAKAN PEDAS TERLEBIH.
Ini gua sokong. Gua undi!! Kawan-kawan gua duk heran awat tak makan pedas. Sikit pun tak boleh. Inilah dia. Gua taknak bontot gua jadik camtu. Taknak. Taknak. Lu orang jangan duk paksa-paksa gua makan pedas. Gua cepuk karang!



Banyak lagi info, tapi lu carik ah sendiri. Tak larat aku nak rumus. Jadik marilah kita mencegah buasir. Buruk padahnya. Kalau bengkak yang gedabak, mau tak kena operate tuh. Jalan taknak tonggek-tonggek pulak. Malu ah. Kalau taknak kene ejek dek gua, sila berpantang!




......

21 critic(s):

::cdot the dot:: said...

aku rasa aku ada ciri2 di atas...kot meneran masa salin dulu tuh yg terjadiknya buasir..ni suma salah laki aku..

simieY® said...

owh..agak menyeramkan :S

Atiekah said...

hehhehehehe..takut gak nih..tapi alhamdunillah sampai kini tak kena buasir.. ;)

sHaFAa said...

takut nye..xmou kene buasir..mintak jauh

Amir Izzat said...

aku ada gak ciri2 tuh..takot weyh...rasa geli lak.. haha

~ Ann ~ said...

erkkkkkkkkkkkkk...........

kazirinkato said...

lebihkan buah-buahan...



http://www.ceritasekupang.blogspot.com/

kazirinkato said...

kena makan makanan yang berkhasiat dan lebihkan buah-buahan...hehe...

BaziLah @ buzZy (^0^) said...

ko jgn nk wat entry siap letak gmbr seram2 cmni bleh tak! hahaha seram la mel...

Aliffcullen said...

citer pasal berak la...... asal tak letak gambar taek skali ??

Syafiq Kadiran said...

huhuhu...da kene kurang makan pedas da pasni...kalo x dapat kawan nama BuASIR lak...

CikLilyPutih said...

seram ooo, jangan main2 ooo sakittt

GhOsToNe said...

menakutkan!!!adoyai..
terasa senggal di punggung ku!

enjelinajolipit said...

uhhh....
gua ingat buasir tu sejenis penyakit suka kencing. adeh!!

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

betul ker buasir nie sakitnya sampai takleh duduk?hahaha

sophie said...

My family de sejarah buasir nie..Takut kena gak..=(

Muhd Suhaily said...

Sungguh berbisa sekali..sakitnya tidak terperi..pengalaman oh...

p.i.n.a.t. said...

prnh ade pnglaman g cek sbb suspek buasir..
perghh..x mmpu nk ckp la..
lps da kena cenggitu,tros mkn byk fiber..hahah~

♥♥♥ سواي @ ماما ايمان شاهيراه ♥♥♥ said...

hi.. dulu sy ada buat n3 pasal buasir ni..siap bg petua utk sembuhkan buasir kt sinar.fm... wakakaka..

DR (H) SITI HAMIZAH BT RAMLAY@RAMLY said...

salam..boleh try rawatan homeopathy utk buasir ni. :)

armouris said...

info tentang buasir di SIHAT SELALU - Punca dan Rawatan Buasir

Related Posts with Thumbnails
 

Sample text

Sample Text